Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Abd Aziz.

KUALA LUMPUR – Armada Kelantan menyifatkan undi tidak percaya daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO yang sanggup bersengkongkol dengan Pakatan Harapan menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu adalah tindakan sangat tidak relevan.

Ketuanya, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Abd Aziz berkata, tindakan yang diambil oleh blok UMNO yang tidak memikirkan hubungan bersama di dalam blok kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menjadikan keadaan politik negara semakin panas.

Jelas beliau, sandiwara politik ini jelas masih belum reda tatkala rakyat kini sedang sengsara di dalam fenomena kehidupan norma baharu sewaktu negara masih lagi di dalam fasa pemulihan daripada penularan pandemik Covid-19.

“Percaturan politik dari blok pembangkang iaitu DAP, Amanah dan PKR tidak akan berjaya kalau UMNO tidak melayan nafsu untuk bersama menganggu gugat dan menjatuhkan Kerajaan PN di Perak. Inilah gunting di dalam lipatan.

“Perangai UMNO ini sejak dari dahulu sampai sekarang tidak pernah berubah dan apatah lagi berterima kasih.

“Mereka hanya memikirkan jawatan dan juga imbuhan semata mata dan menjadi wakil rakyat yang pentingkan diri sendiri daripada membawa suara rakyat,” katanya.

Muhammad Amiin menambah, sekiranya beginilah perangai UMNO, beliau mencadangkan supaya mereka keluar dari bekerjasama dengan PN.

Tegas beliau, AllahYarham Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah berpesan ‘kena sengat dua kali kali dalam satu lubang’.

“Kalau UMNO sanggup melakukan perkara ini kepada kerajaan Perak dan mengagalkan kerjasama di dalam PN, maka mereka akan sanggup mengagalkan perancangan PN pada PRU-15.

“Apakah mereka tidak segan silu berpakat dengan parti DAP yang di anggap mereka musuh abadi yang ditentang kerana berlainan ideologi,” katanya.

Muhammad Amiin turut pelik apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO mengatakan mereka tidak akan bersekongkol dengan DAP tetapi hakikatnya UMNO tidur sebantal dengan DAP.

Menurutnya, UMNO telah memecah belahkan penyatuan Melayu pada hari ini.

“Rakyat sudah cerdik dan memerhatikan permainan politik dari UMNO di mana wakil rakyat mereka hanya mengejar jawatan dan kepentingan peribadi dari membawa suara rakyat.

“Sebenarnya, UMNO boleh berbincang di dalam keluarga PN iaitu bersama Pas dan Bersatu tetapi disebabkan tamakkan kuasa mereka sanggup mengadai maruah berpakat dengan blok pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan PN di dalam sidang dewan.

“Apakah mereka mahukan kuasa untuk merebut jawatan Menteri Besar dan sanggup berpaling tadah dari bekerjasama dengan blok kerajaan dan berpakat dengan DAP?” soalnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Betul… Meluat tengok perangai ahli politik umno yg masih tak berubah & tak sedar diri. Dunia dah nak kiamat, bawak2lah bertaubat, kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi.. berkhi dmat utk masyarat bukan utk habuan diri sendiri dan kroni.
    Mereka menang majoriti d beberapa tempat d sebabkn oleh sokongan rakyat kepada PN (pas & bersatu) bukan semata2 BN.
    Sedarlah diri wahai ahli politik umno…jika kamu bersendirian sudah pasti kamu tersungkur sprt slps PRU 14.
    Jaga perasaan umat islam, jgn khianati permufakatan yg telah d persetujui. Tunjukkn akhlak yg baik kpd rakyat, Bersatu sesama umat islam. Allah angkat covid 19 ini, in sha Allah… Lepas tu buatlah PRU15.
    DYMM Agong dah pesan jgn berpolitik buat masa ini (C19), ttpi nampaknya ahli politik umno ingkar….
    Itulah sebenarnya akhlak mereka…mereka sendiri yg membuka aib di khalayak…

  2. Kepada PAS, dengar n taatlah pesan TGNA. Hanya kerana kuasa di Persekutuan, sanggup bersama dgn UMNO

Comments are closed.