i-Sinar: Tiada Syarat Hanya Kriteria | EDISI MG 2 Ptg – 6 Disember 2020

Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah hanya kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP dalam satu maklum balas yang dikeluarkan hari ini menjelaskan bahawa ini adalah untuk membolehkan proses kelulusan dipercepatkan dengan mudah dan selamat.