PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada enam suspek yang dikehendaki dalam kes pergaduhan menyerang dan mencekik seorang mangsa lelaki yang didakwa meletakkan kereta sehingga menghalang sebuah kereta BMW keluar ditahan polis.

Lima lagi suspek yang merupakan rakan-rakannya masih bebas dan kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek yang terlibat dalam kes gaduh di Taman Usahawan di hadapan sebuah restoran makanan di Kepong itu berjaya ditangkap semalam.

“Untuk makluman semua, seorang suspek kes gaduh double parking di Taman Usahawan telah ditangkap.

“Suspek seorang lelaki Cina tempatan berusia 35 tahun ditangkap semalam pukul 7 malam di hadapan sebuah KTV,  Pudu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Eng Lai, polis berjaya memperoleh reman ke atas suspek selama empat hari sehingga 9 Disember ini di lokap Jinjang.

“Usaha mengesan dan menangkap lima lagi saspek masih dipergiatkan dan kita yang akan menjejaki mereka secepat mungkin,” ujarnya.

MalaysiaGazette semalam melaporkan gara-gara memakir kereta hingga menyebabkan sebuah kereta BMW tidak dapat keluar, enam lelaki warga tempatan bertindak memukul dan mencekik mangsa yang sedang makan bersama isterinya di sebuah restoran di Kepong.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah restoran Sweet Cafe Kepong, Jalan Metro Perdana Taman Usahawan, Kepong pada Jumaat lalu.

Mereka tidak puas hati kerana kereta mangsa double parking di sebelah sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki tiga suspek itu.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki halang kereta dibelasah, dicekik