Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA NERUS – Pucuk pimpinan PAS akan membincangkan isu pembentukan kerajaan baharu negeri Perak bagi menentukan sama ada parti itu akan terlibat atau sebaliknya, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kita akan bincang,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai pendirian PAS berhubung penubuhan kerajaan baharu Perak.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu ditemui selepas melawat kawasan hakisan pantai di Pantai Pengkalan Maras, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata parti itu tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri menerusi satu usul pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata beliau yakin UMNO akan terus mempertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk kedua-dua parti berkenaan di sebalik kemelut politik di Perak.

“Saya dengar kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seboleh mungkin beliau mengatakan akan menjaga dan mempertahankan MN,” katanya.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Ahmad Zahid hari ini yang tidak menolak kemungkinan UMNO dan Barisan Nasional akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk DAP, bagi menubuhkan kerajaan baharu di Perak.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bagus lah Zahid yang dituduh korup tu bekerja dengan Cina DAP. Bagus sangatlah UMNO hahaha., Parti pencuri Melayu…. Syabas, Lim Guan Eng pun SPRM dah tuduh korup. Enggang sama enggang, pencuri sama pencuri Melayu dan Cina bersatu di Perak! hahaha

  2. siapa senohong gelama ikan duri
    bercakap bohong, lama-lama mencuri..

    Baguslah negeri Perak darul rasuah…Zahid dan Guan Eng sama2 di tuduh pencuri rasuah besar besaran kini berkuasa di negeri Perak hahahaa

Comments are closed.