Pakatan Harapan (PH) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil di Perak.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, langkah itu adalah demi kepentingan rakyat dan PH bersedia untuk bekerjasama dalam membentuk kerajaan pelbagai kaum yang kukuh.