KUALA LUMPUR – Premis menjual pakaian dan peralatan sukan di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya yang dimasuki seekor babi  sesat semalam sudah menjalani proses sertu.

Kerja-kerja pembersihan premis tersebut dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Alhamdulillah. Pasukan kami bersama-sama membantu melaksanakan proses sertu di premis Al-Ikhsan Alamanda Putrajaya pagi ini susulan isu tular semalam.

“Antara hikmah sertu ialah bagi tujuan kebersihan dan menghindarkan penyakit dari dijangkiti oleh sebarang kuman yang terdapat pada binatang,” demikian menurut JAWI menerusi posting di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN:

Babi ‘masuk’ pusat beli belah, beruang pula ‘menyeberang’ jalan

Semalam, tular di laman sosial menunjukkan rakaman seekor babi hutan mundar-mandir di dalam sebuah premis pakaian di pusat beli-belah Alamanda Putrajaya.

Babi itu kemudiannya dihalau keluar oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari balai wilayah itu.

Menurut sumber, haiwan liar itu dipercayai tersesat dan memasuki kompleks beli belah eskoran pada setiap Ahad, pihak berkuasa tempatan mengadakan operasi menembak babi hutan bagi memantau kehadiran haiwan liar itu di pusat pentadbiran kerajaan selain memastikan keselamatan penduduk. – MalaysiaGazette