Amiruddin Hamzah

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan pertubuhan itu.

Permohonan tersebut antara lainya perintah mandamus agar JPPM membuat keputusan meluluskan atau sebaliknya permohonan Pejuang sebagai parti politik berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, melalui semakan kehakiman, parti ini turut memohon perintah deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan JPPM menjawab sebarang permohonan mahupun komunikasi secara bertulis adalah tidak munasabah dan mempunyai niat mala fide untuk sengaja melengah-lengahkan proses pendaftaran Pejuang.

Tegasnya, Pejuang sentiasa mempertahankan Kedaulatan Undang-undang, justeru itu membawa isu kelengahan pendaftaran ke mahkamah bertujuan mendapat penghakiman seadilnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kena minta ganti rugi sejuta. biar lain kali mereka boleh buat kerja dengan bertanggong jawab. bukan ikut telunjuk pehak lain. biar sejuta itu dia minta dari telunjuk yang menunjuk. padan muka perasuah.

Comments are closed.