Anas Nadawi.

KUALA LUMPUR – Kejayaan dua pemain muda negara, Anas Nadawi dan Amar Makruf menyertai akademi bola sepak berpangkalan di Sepanyol iaitu The Next Generation Sports  (TNGS) nyata mendapat sambutan hangat daripada pelbagau pihak.

Perkara ini turut mendapat perhatian kelab J. League iaitu Cerezo Osaka apabila presiden kelab itu, Hiroaki Morishima mengucapkan tahniah di atas kejayaan Anas.

Anas pernah berguru bersama Cerezo ketika menyertai program Asean Dream Project yang mana dia berpeluang untuk menjalani latihan bersama kelab yang beraksi dalam saingan J1 itu.
Sementara itu, TNGS yang merupakan salah sebuah akademi yang berpangkalan di Valencia mengumumkan ia telah menandatangani dengan Amar dan Anas pada awal bulan ini.

Kedua-dua pemain ini mengikuti jejak langkah pemain muda Malaysia lain yang terlebih dahulu beraksi di Eropah seperti Luqman Hakim dan Jaami Qureshi. – MalaysiaGazette