Anggota Yayasan bergambar bersama anak-anak yatim pada Program Penyerahan Sumbangan kepada 4 buah rumah anak-anak yatim di kawasan Setapak anjuran bersama Balai Polis Setapak dan Yayasan Pelindung Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKPJM) di Rumah Kebajikan Amal Permata Hati, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 11 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Golongan anak yatim dan fakir miskin tidak terkecuali daripada tempias pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac lalu.

Malah Pertubuhan Rumah Kebajikan, Pendidikan Anak Yatim dan Asnaf Permata Hatiku turut menghadapi cabaran bagi memenuhi keperluan anak-naak yatim di bawah jagaan mereka.

Pembantu pertubuhan itu, Hamidah Mohamed Yusof berkata, pihaknya menjaga lebih 30 orang lebih anak yatim bagi mengurangkan beban ibu bapa menerima bantuan berbentuk barangan keperluan asas, kewangan dan tenaga pengajar.

“InsyaAllah, rezeki Allah setakat ini kami dapat menguruskan anak perempuan ini tanpa masalah setiap hari. Cabaran tetap ada, keselamatan mereka.

“Kesemua anak perempuan yatim dan ada anak asnaf berusia 4 tahun hingga 12 tahun tinggal di sini. Saya juga mengajar ilmu agama kepada mereka selain kelas tuisyen dari guru sukarelawan datang ke sini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Pertubuhan Rumah Kebajikan, Pendidikan Anak Yatim dan Asnaf Permata Hatiku merupakan antara empat rumah anak yatim yang menerima bantuan bekalan barangan keperluan asas dari Yayasan Pelindung Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia.

Menurut Hamidah, beliau terharu dengan niat baik yayasan itu yang menghulurkan bantuan untuk kelangsungan hidup anak anak perempuan jagaannya.

“Saya tiada kata-kata sebab bersyukur kepada Allah kerana memurahkan rezeki pada waktu susah dan getir Covid-19 kerana bukan senang nak dapatkan bantuan keperluan, lagipun ramai yang susah mencari kerja dan hasil pencarian.

“Cuma saya mohon kalau ada bantuan pakaian untuk anak-anak ini dari insan-insan yang ingin membantu secara ikhlas dialu-alukan. – MalaysiaGazette