TERKINI : Tajuk Filem Dari ‘Sekolah’ Jadi ‘Babi’, SKMM Digesa Sekat Media Sosial Namawee

KUALA LUMPUR – Persatuan Seniman Malaysia menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat saluran Youtube dan kesemua akaun media sosial milik Namawee berkait filem kontroversi arahannya berjudul ‘Babi’.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah berkata, pihak berkuasa perlu mengambil serius tentang kandungan filem hasil arahan Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee kerana berunsurkan perkauman selain memberi imej buruk terhadap negara.