Topi perang dipercayai milik pahlawan Yunani kuno telah ditemui gunung di Zakotarac, Semenanjung Pelješac, di selatan Dalmatia.- Gambar DailyMail.

CROTIA – Topi perang dipercayai milik pahlawan Yunani kuno telah ditemui gunung di Zakotarac, Semenanjung Pelješac, di selatan Dalmatia.

Ia dijumpai selepas satu kubur yang dipercayai berusia 2,000 tahun digali oleh para pengkaji seperti laporan DailyMail.

Ciri-ciri topeng perang Illyrian masih mempunyai reka bentuk wajah terbuka yang ikonik di wilayah Peloponnese Yunani pada abad ke-8 dan ke-7 Sebelum Masihi.

Ahli arkeologi juga telah menemui sejumlah senjata kuno dan menggali satu set mayat wanita yang dikebumikan dengan gelang tembaga di pergelangan tangannya.

Penemuan itu dibuat oleh ahli arkeologi di Universiti Zagreb yang bekerjasama dengan Muzium Dubrovnik dan percaya kubur itu digunakan untuk anggota elit tentera Yunani.

Topi keledar Illyrian pertama kali digunakan oleh Etruscan Yunani dan Scythians Yunani kuno dan kemudian diadopsi oleh Illyrians. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast