Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama UMNO Sabah di Pusat Dadangan Dunia Putra malam tadi.- Gambar FB Zahid.

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli UMNO Sabah diminta setia kepada ketuanya, Datuk Seri Bung Radin Moktar.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketaatan kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah itu perlu dan lupakan pemimpin yang lepas.

“Saya harap mana-mana yang telah diberikan amanah untuk jawatan apa pun dalam kerajaan, yang ada cukuplah, akar umbi cukup terluka jika ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin yang melupakan mereka.

“Saya fikir kalau rakyat diubati kerinduannya, insya-Allah kita akan menjadi parti yang dapat majoriti yang besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Mudah-mudahan pertemuan kita ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadi pertemuan yang membawa barakah kepada kita,” katanya dipetik dari laporan UMNO Online.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama UMNO Sabah di Pusat Dadangan Dunia Putra malam tadi.

Dalam masa sama, beliau meminta ahli-ahli parti agar jangan mengulangi kesilapan dahulu dan teruslah bergerak ke hadapan.

Katanya, ujian kepada kegagalan lalu adalah suatu pengajaran yang mahal iaitu meyorot keadaan semasa bergelar pembangkang.

“Lawan kita tidak pernah kuat, kita kalah kerana kita lemah, bukan lawan kita kuat maka baikilah kelemahan-kelemahan ini.

“Wujudkanlah solidariti dalam kalangan kita, perbezaan pendapat boleh kita raikan dan jangan perbezaan pendapat menyebabkan timbulnya kabilah-kabilah dan berpuak-puak,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dah lart Datuk. Datuk kena letak jawatan dulu. UMNO Malaysia perlukan seorang Presiden yang kuat, tidak lembik macam Datuk…

Comments are closed.