Norshahrul Idlan Talaha.

KUALA LUMPUR – Penyerang veteran negara, Norshahrul Idlan Talaha dilaporkan akan kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 202 selepas menerima tawaran daripada pasukan Sarawak United.

Pemain yang lebih dikenali sebagai Mat Yo itu dijangka pulang ke Malaysia pada hujung bulan ini ini untuk melengkapkan perpindahan dari BG Pathum United ke pasukan baharu itu.

Keputusan untuk kembali ke tanah air itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor seperti keluarga selain berkait rapat dengan karier bola sepaknya walaupun menerima di risik dua pasukan dalam saingan Thai League 1 untuk musim depan.

Menurut ejen beliau, Wan Mohd Anwari dari Marquee Sports Management (MSM) yang bertanggung jawab menjaga perjalanan karier pemain itu selepas ‘isu panas’ di Thailand awal tahun ini, kepulangan Mat Yo bersama Sarawak United itu juga adalah untuk merealisasikan projek pasukan serta bertekad mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak khusus di Sarawak.

Pihak MSM juga bertindak sebagai medium perantaraan media untuk Norshahrul dan semua kenyataan atau berita mengenai pemain itu perlu menerima kebenaran MSM dahulu sebelum diterbitkan. – MalaysiaGazette