Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin sedang menimbang beberapa aspek perundingan terhadap media dan lain-lain yang mengkaitkan namanya sebagai 10 Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau menafikan perkara itu.

Mohamad berkata, sebagai seorang peguam, beliau faham akan kesan dan niat sesuatu akauan bersumpah (SD) itu dibuat.

”Sebagai seorang peguam saya faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat. Justeru, saya ingin menyatakan bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

”Saya sedang menimbang beberapa sudut perundangan terhadap beberapa media dan lain-lain kerana telah menyebut nama saya sebagai salah seorang 10 MP UMNO yang telah menyokong DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” ujarnya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette