Neymar.

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) terlepas peluang mengungului kedudukan teratas Ligue 1 selepas kalah 1-0 di laman sendiri kepada Lyon awal pagi tadi.

Lebih malang, PSG berdepan risiko besar apabila penyerang sensasi Neymar dikeluarkan kerana kecederaan pergelangan kaki.

Tino Kadewere muncun wira pasukan pelawat selepas memastikan kemenangan ketujuh Lyon dalam lapan perlawanan dan sama mata dengan Lille, yang mengambil alih kedudukan teratas selepas kemenangan 2-1 mengatasi Bordeaux.

PSG jatuh ke tangga ketiga selepas tewas kali keempat dalam 14 perlawanan musim ini, namun kecederaan Neymar menjadi tumpuan berikutan kekasaran Thiago Mendes ketika penamat saingan.

Pemain tengah Lyon itu dibuang padang kerana terjahan keras selepas melihat rakaman VAR manakala Neymar diusung keluar untuk segera mendapatkan rawatan.

“Kami perlu menunggu untuk ujian esok,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel kepada penyiar Perancis, Telefoot.

Ia adalah kemenangan pertama Lyon di tempat lawan menentang PSG sejak Oktober 2007 yang juga kali terakhir mereka menang Ligue 1. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast