Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikrar akan bekerjasama dengan pelbagai persatuan bekas tentera untuk bersama-sama dengan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menggulingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya akan datang.

Presiden Sekretariat KERABAT Kebangsaan, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata, selepas berjaya menjadi Ahli Parlimen Port Dickson dua tahun lalu, Presiden PKR itu gagal membawa suara  dan memperjuangkan nasib veteran ATM di Parlimen.

“Kumpulan veteran yang menyokong beliau di Port Dickson (PD) telah ditaburkan janji luar biasa kononnya jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen PD. Hakikatnya janji hanya tinggal janji. Veteran kempunan dan terus terpinggir.

“Suara Anwar dalam memperjuangkan untung nasib veteran langsung tidak kedengaran di Parlimen apa lagi menggubal dasar memperkasakan kebajikan veteran dan ATM.  Dia tokoh yang lebih ke arah mengaear cita-cita perbad dani disyorkan bersara dari arena politik,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anwar jugan katanya lagi gagal menjadikan Port Dickson sebagai sebuah Bandar Raya Veteran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

Maka Mohd Nazari bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa Anwar hanya mampu memberikan janji palsu semata-mata.

“Kepada pimpinan ahli Parlimen (MP) terutama yang pernah bersahabat rapat dengan Anwar sepatutnya sudah disedarkan lama dengan kerenah otai politik putar alam ini,” katanya yang merupakan seteru Anwar ketika PRK Port Dickson dua tahun lalu.

Justeru beliau juga yakin penduduk Port Dickson tidak akan mempertahankan Anwar lagi pada pilihan raya akan datang.

“Saya mencabar Anwar akan kekal bertanding di Parlimen Port Dickson agar pengundi di PD yang majoritinya B40, nelayan dan orang kampung, pesara veteran dan anggota ATM boleh menghukum beliau yang kami level sebagai tokoh yang telah mungkir janji dan membazirkan wang rakyat kerana PRK Port Dickson lalu menggunakan dana kerajaan dan pendukung beliau telah menggunakan pelbagai aset kerajaan dalam kempen,” tambah beliau.

Untuk rekod, Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang diadakan pada 13 Oktober 2018 selepas meraih undi majoriti 23,560 undi berbanding enam pencabarnya.

PRK itu diadakan selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 September 2018 bagi membolehkan Anwar kembali ke Dewan Rakyat.-MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Dia janji kalau dia jadi pm atau ph masih kerajaan . Bila dah kena rampas kuasa memang lah janji tinggal janji . Apa nak buat kalau sekadar pembangkang .

  2. Jd pembangkang pun ada suara kat parlimen lah. Kurang2 nya rakyat tahu ada isu dibangkitkan. Cukup dah. Cth isu bajet. Lantang ja bersuara. Boleh ja. Tp isu PD, tak da bunyi pulak.

  3. Imej veteran ATM sudah sedikit tercalar disebabkan statement2 yang dikeluarkan oleh bekas veteran ATM pencen yang seolah2 “PRO ARAK” baru2 ini!

    Kepada yang berkenaan MN eloklah ambil sikap berhati2?

  4. Janji pas bila jadi kerajaan dah laksanakan ke ?
    Bila ruu 355 dibentangkan.
    Apa macam kes Adib.
    Apa macam janji PTPTN bagi hapus.
    Apa macam tolak exco Perak.
    Bila diluar kerajaan macam2 ada.
    Bila dalam kerajaan macam2 lupa.

Comments are closed.