Seorang kakitangan Telekom Malaysia (TM) di TMPoint Kajang dekat sini disahkan positif Covid-19 pada 13 Disember lalu  dan kini sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Telekom Malaysia (TM) di TMPoint Kajang dekat sini disahkan positif Covid-19 pada 13 Disember lalu  dan kini sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan.

Susulan itu, syarikat berkenaan menutup premis untuk disanitasi dan nyahkuman sehingga 27 Disember ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, cawangan TMpoint yang lain akan terus beroperasi dengan mematuhi SOP, kata satu kenyataan TM hari ini.

Menurut kenyataan itu, kontak rapat sedang dikesan KKM dengan dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Krisis (CRT) Covid-19 bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dengan kakitangan tersebut.- MalaysiaGazette