sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Setiausaha Agung DAP.

KUALA LUMPUR – “Jika benar-benar perkhidmatan pengangkutan laut ditamatkan seperti dibohong Guan Eng pun, masih ada terowong ajaib dia.”

Itu sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Setiausaha Agung DAP.

‘Terowong’ yang dimaksudkan Najib ialah kes terowong melibatkan Setiausaha Agung DAP itu yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Apa pun, kata Najib, perkhidmatan feri bukan ditamatkan seperti didakwa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Menteri Pengangkutan DAP yang buat keputusan ganti feri dengan bot laju pada tahun 2019.

“Kerajaan PN teruskan keputusan untuk ganti feri dengan bot laju. Perkhidmatan pengangkutan laut Pulau Pinang tidak ditamatkan.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang tak berhasrat untuk ambil alih perkhidmatan feri,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Semalam, Guan Eng mahu perkhidmatan feri di Pulau Pinang dikekalkan kerana ia ikonik kepada penduduk di sana.

Bagaimanapun, kerajaan hari ini mengesahkan ia tidak ditamatkan cuma ada cadangan menaik tarafnya sahaja.- MalaysiaGazette