Capito diyakini mampu melonjakkan prestasi pasukan F1 Williams selaku pesaing terkuat musim 2021 menggunakan segala kemahiran dan pengalaman yang dimilikinya.

LONDON – Jost Capito dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu untuk Pasukan jentera Formula 1, Williams.

Pengumuman itu menyusul dari pasukan F1 Williams hari ini.

Pelantikan Capito berkuatkuasa mulai Februari 2021.

Capito terkenal sebagai pengurus yang berpengalaman luas dan dihormati dalam dunia sukan permotoran.

Capito berusia 62 tahun pernah menyandang jawatan terakhirnya dalam F1 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk pasukan McLaren Racing.

Dia hanya berkhidmat selama lima bulan sehingga 2017 sebelum pasukan itu berpecah dari bekas pengerusinya,  Ron Dennis.

Capito juga berpengalaman memimpin program sukan permotoran untuk Porsche, Ford dan Valkwagen.

“Menyertai pasukan Williams adalah satu penghargaan dan kepercayaan tertinggi yang diletakkan oleh pasukan dan juga F1 terhadap kebolehan saya,” katanya.

Pasukan F1 Williams ditubuhkan oleh Sir Alex Williams pada tahun 1977 dan dijual kepada Kumpulan Pelaburan Dorilton Capital selepas keluarga Williams menarik diri daripada penglibatannya.

Pengerusi Dorilton, Matthew Savage menyifatkan Capito sebagai individu yang kompetitif dan berpengalaman dalam melahirkan pasukan juara.

“Dia memahami warisan Williams dan akan bekerjasama dengan terbaik bersama pasukan untuk mencapai objektif dan mengembalikan pasukan kepada kedudukan asal sebagai pesaing terkuat dalam F1,” tegasnya.-MalaysiaGazette