Gambar hiasan.

KIALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia menghampiri 100,000 kes kepada 93,309 dengan pertambahan 1,340 kes baharu hari ini.

Penambahan kes ini menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 15,563 kes.

Manakala jumlah kematian pula sebanyak empat kes.

Selangor kekal melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu 441 kes atau 32.9 peratus daripada jumlah keseluruhan, hari ini.

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 284 kes (21.2 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 196 kes (14.6 peratus).

“Sebanyak 134 kes (10.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes), Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes).

“Sehingga kini, terdapat 116 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes sembuh hari ini juga mencatatkan empat angka dengan 1,067 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 77,309 kes.

Di samping itu, empat kematian direkodkan hari ini masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang serta dua di Sabah melibatkan seorang warganegara dan bukan warganegara.

Jumlah kematian ekoran positif Covid-19 kini adalah seramai 437 kes.

Dr Noor Hisham Abdullah

KKM turut memaklumkan terdapat tiga kluster baru yang dilaporkan hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Metropolis melibatkan daerah Kepong, Selangor.

“Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covud-19 bermula pada 14 Disember melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan.

Sehingga 20 Disember, sejumlah 481 individu telah disaring, yang mana mana 147 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” kata Dr Noor Hisham.

Kedua, Kluster Estate Maju melibatkan daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Tuaran di negeri Sabah.

Kluater ini yang dikesan pada 8 Disember telah menjangkiti 28 individu dan terakhir adalah Kluster Batu 39 melibatkan daerah Pontian di negeri Johor.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90568) telah dilaporkan positif Covud-19 pada 18 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja,” kata Dr Noor Hisham lagi.

Daripada 152 yang disaring, 28 individu telah dikesan dijangkiti Covid-19. – MalaysiaGazette