Notis Perintah tutup
Notis Perintah Tutup KKM Jabatan Kesihatan Selangor yang mengarahkan kilang sarung tangan getah LaGlove (M)Sdn.Bhd ditutup bermula 7 pagi 24 Disember hingga 30 Disember 2020 kerana atas alasan ianya berada dalam keadaan mungkin menyebabkan bermulanya atau merebaknya penyakit berjnagkita kepada orang ramai selepas serbuan mengejut dilaksanakan oleh JTK diiringi Datuk Seri M.Saravanan pagi ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang sarung tangan yang diserbu Jawatankuasa Tindakan Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia telah disita dan dikeluarkan notis perintah tutup sementara oleh Kementerian Kesihatan.

Penginapan penempatan pekerja asing yang menyumbat 751 pekerja kilang warga asing dalam dua buah kontena yang disifatkan sebagai ‘penghambaan moden’ oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan pada pagi tadi diarah tutup selama tujuh hari setelah didapati berisiko membawa jangkitan penyakit.

Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat yang turun padang pada Ops JTK memantau kemudahan penginapan pekerja asing ke menampal notis itu di pintu kaca pejabat urusan La Glove (M) Sdn. Bhd pada petang hari ini.

Kilang La Glove yang terletak di Lot 478, Jalan Simpang Salak, Off Batu 13, Jalan Cheras, Kajang akan ditutup mulai 24 hingga 30 Disember ini.

Notis Perintah Tutup itu, menyatakan: “Pada menjalankan kuasa di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, ‘saya’ sebagai sebagai Pegawai Diberi kuasa memerintahkan penutupan premis La Glove (M) Sdn.Bhd. mulai jam 7 pagi 24 Disember ini hingga 30 Disember 2020.

Pegawai kesihatan wanita dari Selangor menampal notis perintah tutup ke atas La Glove (M) Sdn.Bhd selepas Ops JTK dilakukn pada pagi ini.

Pagi tadi, serbuan JTK menyaksikan bilik yang dibina dengan kompartmen kecil, sempit, kotor dan berbau hancing.

Serbuan pada jam 9.30 pagi itu dilakukan dengan kekuatan 60 anggota daripada Jawatankuasa Tindakan Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). – MalaysiaGazette

Kilang ‘longgok’ lebih 700 pekerja asing dalam kontena