Pekerja migran berdiri di depan pasar udang tertutup, ketika wabak penyakit koronavirus (COVID-19), di Samut Sakhon,Thailand, 20 Disember 2020. Foto REUTERS.

BANGKOK – “Di mana sahaja anda melihat orang Myanmar, tembak mereka,” antara salah satu komen kasar warga Thailand di Youtube selepas berlakunya kes Covid-19 dalam kalangan pekerja Myanmar di negara itu.

Penularan pandemik dalam kalangan warga migran di negara itu ternyata menimbulkan kata kebencian oleh warga Thailand.

“Orang Myanmar boleh menjadi salah satu punca Covid-19 tersebar tetapi virus itu tidak diskriminasikan,” kata Sompong Srakaew dari Jaringan Perlindungan Buruh.

Salah satu dari komen yang menghasut di media sosial yang dilihat oleh agensi berita Reuters adalah “meminta pekerja migran yang dijangkiti agar tidak dirawat dan menghukum orang yang membawa mereka ke Thailand.”

Seterusnya, wabak pertama telah dikesan minggu lalu di pasar udang, Samut Sakhon, 35 kilometer dari Bangkok dan sejakĀ itu hampir 1,300 rakyat telah dijangkiti sementara ribuan orang dikuarantin.

Sementara itu, seorang sukarelawan, Nay Lin Thu berasa sedih kerana pekerja Myanmar telah disalahkan.

“Kami diberitahu perkara ini berlaku kerana terdapat warga Myanmar. Sebilangan besar dari kami tidak memberi tindak balas, tetapi sebilangan daripada kami tidak dapat menahan kemarahan mereka.” katanya lagi.

Walaupun terdapat tuduhan terhadap pekerja Myanmar yang melintasi sempadan secara haram namun terdapat juga orang Thailand yang berkerja di Myanmar juga terkena jangkitan Covid-19.

Sebelum itu, beberapa wanita Thailand yang pulang ke negara mereka melalui penyeberangan sempadan secara haram jga dikesan sebagai penghidap koronavirus.- MalaysiaGazette