Gerabak monorel terbakar.

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur masih menyiasat punca kebakaran salah satu gerabak monrel di Stesen Monorel Jalan Maharajalela pagi ini.

Menerusi kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dikatakan menerima panggilan kecemasan pada 7.27 pagi seterusnnya sepasukan di hantar ke tempat kejadian bersama-sama sebuah jentera FRT-1,RIM-2, Tanker-1, sebuah van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan jentera bantuan dari BBP PUDU FRT-4 termasuklah 21 orang anggota.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Iqbal Zakaria berkata semua penumpang telah selamat keluar dari gerabak sebelum bomba sampai oleh petugas Stesen Monorel.

Kebakaran kemudian berjaya dipadan pada 8.56 pagi-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Gerabak monorel Stesen Maharajalela terbakar