KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM5,075,979.47daripada 10 buah syarikat korporat dalam Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2020 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 buah syarikat yang menunaikan Zakat Perniagaan itu ialah:

  1. Edotco Malaysia Sdn Bhd – RM540.000.00
  2. Edgenta Propel Berhad – RM1,089,151.55
  3. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur – RM300,000.00
  4. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi Sdn Bhd (PICOMS) – RM100,000.00
  5. Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad – RM111,647.04
  6. Koperasi Tenaga Nasional Berhad – RM287,959.11
  7. KPJ Healthcare Berhad & KPJ Tawakkal Kuala Lumpur – RM450,000.00
  8. MIDF Berhad – RM273,070.20
  9. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – RM1,500.000.00
  10. Sirim QAS International Sdn Bhd – RM424,151.57

Penganjuran Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2020 ini bertujuan sebagai galakan kepada syarikat korporat lain untuk membayar zakat perniagaan mereka bagi membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi dalam musim pandemik Covid-19 kini.

Dalam tempoh Januari hingga November  2020, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM94,051,832.48berbanding tahun lepas RM88,244,972.60 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 7.0 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff merakamkan jutaan terima kasih kepada kesemua syarikat korporat yang telah membayar zakat di PPZ-MAIWP.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat atas keprihatinan untuk bersama-sama membantu asnaf dengan terus menunaikan zakat di PPZ-MAIWP.

“Covid-19 memberi tamparan hebat kepada semua pihak terutama kepada mereka yang terjejas pendapatan apabila tidak lagi mampu untuk menjana pendapatan seperti sedia kala. Melihat situasi sukar ini, kami menyeru semua yang layak menunaikan zakat untuk segera menunaikan zakat agar dapat menampung bilangan asnaf yang semakin meningkat”, katanya.

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff serta Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni – MalaysiaGazette