KUALA LUMPUR – Harga runcit produk petroleum naik dua sen bagi tempoh 26 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.10 dan RM1.80 seliter.

Manakala harga runcit diesel naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM1.96 seliter kepada RM1.98 seliter.

”Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette