Pengurus Wolves, Nuno

LONDON – Wolverhampton Wonderers menyekat pemainnya berkunjung ke pusat membeli belah bagi mengelak dijangkiti Covid-19.

Liga Perdana Inggeris kini melaksanakan saringan berkala dua kali seminggu ke atas pemain dan kakitangan kelab bola sepak untuk memastikan perlawanan tidak ditunda.

“Kami sudah melarang pemain untuk singgah ke pusat membeli-belah kerana mahu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

‘Semuanya mengenai melindungi diri kita dari wabak maut itu.

“Oleh kerana kes kembali meningkat dengan variasi baharu virus, kita sudah mengarahkan pemain dan ahli keluarganya tidak keluar ke pasar raya atau pusat membeli belah,” kata pengurus, Nuno Espirito Santo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast