Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan pembatalan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang berusia 126 tahun sebagai pengisytiharan jelas konfrontasi terbuka kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap rakyat di Pulau Mutiara itu.

Beliau juga mendakwa konfrontasi itu diketuai oleh orang suruhan kerajaan PN, parti MCA dan Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Menteri Pengangkutan.

Dalam satu kenyataan hari ini, katanya, ini bukan kali pertama Pulau Pinang menderita teruk akibat politik balas dendam sejak kerajaan PN mengambil alih pada Mac 2020.

“Selain kehilangan perkhidmatan feri yang ikonik dengan keupayaan unik membawa kenderaaan yang bermula bertahun lama sebelum Jambatan Pulau Pinang pertama dibina.

”Pulau Pinang telah kehilangan beberapa projek pembangunan berikut yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya sambil menyenaraikan projek-projek tersebut iaitu:

  • Penamatan cadangan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tahun lalu dengan kos sekurang-kurangnya RM800 juta. Projek pembesaran ini hanya akan diputuskan selepas 2023.
  • Pembatalan geran RM100 juga untuk membina kereta kabel Penang Hill untuk mengatasi kenaikan jumlah penumpang daripada 250,000 setahun kepada 2 juta penumpang.
  • Pengangguhan jaminan Kerajaan Persekutuan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk mengatasi kesesakan kronik lalu-lintas yang menghalang prospek pertumbuhan masa depan.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan Pulau Pinang menyumbang sebanyak RM7 bilion dalam bentuk cukai dan hasil tahunan kepada kerajaan Persekutuan.

Namun, dakwanya, kerajaan PN telah menarik balik semua projek pembangunan kritikal yang telah diperuntukkan oleh kerajaan PH.

Berikutan tindakan tersebut, Guan berkata, MCA dan Ka Siong tidak akan pernah dimaafkan atau dilupakan oleh rakyat Pulau Pinang kerana politik balas dendam mereka yang kejam.

Feri ikonik P.Pinang diteruskan, hanya untuk basikal, motosikal mulai 1 Jan

Hari ini Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, perkhidmatan feri akan diteruskan tetapi hanya ditawarkan kepada penunggang motosikal dan basikal bermula 1 Januari ini.

Tan berkata, perkhidmatan feri untuk kenderaan empat tayar tidak akan disediakan mulai tarikh sama selaras dengan kenyataan Ka Siong pada Khamis berhubung perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan – Zafrul

Guan Eng yang melahirkan kekecewaan DAP mendakwa Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah gagal menepati janjinya di Parlimen pad 17 Disember lalu iaitu untuk meneruskan perkhidmatan feri tersebut selepas Ka Siong mengumumkan penamatannya.

”Tengku Zafrul telah melakukan dosa besar sebagai Menteri Kewangan dengan sengaja mengelirukan Parlimen, satu pelanggaran yang boleh dihukum oleh Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap Tengku Zafrul dapat memberi penerangan kepada rakyat di negeri itu secara terbuka berhubung keadaan yang didakwanya membingungkan dan boleh membawa kesan serius kepada negeri itu. – MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. hang tak payah sibuk laaa..hang bukan rakyat Penang pun…dah lah tanah rakyat Penang ko jual kat kroni..kau rasuah lagi..rakyat nak beli rumah susah, ko senang2 jaaa beli banglo murah dgn rasuah…musibatlah hang ni DAP!

  2. Singapore pakai jambatan tak pakai feri, so Penang pun pakai jambatan tak pakai feri juga okay. Kedua-dua pulau tergadai kena buat pandai sendiri, kan?

  3. Wayang cina dah bunyi.. dong dong dong cheng.. mmg strategi depa ialah main wayang. Kalau berniaga, wayang konon susah dan tak ungtung. Dlm politik, wayang konon jd mangsa politik, kalau jd rakyat, wayang konon bangsa minoriti yg tertindas. Tp kalau kita kerja dlm kompeni dia, baru tau ada beza antara gaji mata sepet dan gaji kulit coklat.

Comments are closed.