Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada media berkenaan Belanjawan 2020 pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mempertikaikan kualiti dan intergriti halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika ini apabila tercerusnya isu daging import haram.

Mujahid berkata, ketika beliau menyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) intergriti dan kualiti Bahagian Pengurusan Halal yang merupakan sebahagian daripada Jakim menjadi keutamaannya.

Katanya, sebelum ini beliau telah mengarahkan siasatan dalaman dilakukan berkenaan isu itu termasuklah menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak.

Namun tambah beliau, SPRM tidak campur tangan ketika beliau menjadi menteri.

“Isu daging import halal Jakim. Saya melakukan siasatan dalaman, menjemput SPRM dan memindahkan Pengarah Halal ke bahagian lain. Hanya SPRM belum masuk.

“Kualiti dan integriti Halal Jakim keutamaan saya. Sekarang?” soal beliau menerusi ciapan di Twitter.

Isu daging import haram yang menggunakan logo halal palsu dikesan di Senai, Johor.

Kartel daging ini dikatakan menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging.

Dalam pada itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dilaporkan sedang menyiasat syarikat tempatan yang disyaki terlibat dalam isu kartel daging haram.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan mendedahkan nama syarikat yang terlibat dengan kartel daging ini dan mendesak agar bekalan daging yang telah tiba untuk tempoh dua minggu dihentikan serta merta.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. 40 taun dh bende ni operasi … ko tu lembab ikot bontot cina jek …. org lain ambik alih kjap jk isu ni terbongkar … jgn ckp buat keje la mujashit … dinda kanda kondo

  2. Dah lama xde cita..sajq nak cari publisiti murahan..
    Tqk payah la nak tuding jari jika diri sendiri tu memang tak kayak nak jadi menteri

Comments are closed.