Zakhir Mohamed

KUALA LUMPUR – Penulis blog terkenal, Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai ‘Big Dog’ dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosia Facebook di laman Facebook allahyarham hari ini, seperti laporan Astro Awani.

Rata-rata mereka menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Zakhir.

Bagaimanapun, punca sebenar kematian Zakhir masih belum diketahui setakat ini.- MalaysiaGazette