Md Nasir Hashim

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu ada perancangan untuk membina sebuah lapangan terbang  dengan kadar segera di Mersing, Johor.

Ahli Dewan Negara, Senator Ir. Md Nasir Hashim berkata, pelan dan perancangan itu penting berikutan negara hari ini berdepan dengan fasa kritikal dengan serangan wabak Covid-19 menyebabkan industri pelancongan semakin merudum.

“Hal ini juga kerana pintu masuk negara telah ditutup sejak bulan Mac 2020. Justeru itu, kita amat bersimpati dengan golongan yang terlibat dalam sektor pelancongan,” katanya ketika Sesi perbahasan di Dewan Negara, hari ini.

Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan agar sebuah lapangan terbang berkeluasan sederhana dibangunkan di Mersing bagi meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi di Johor.

“Cadangan untuk membangunkan sebuah lapangan terbang baharu berkenaan pernah dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar johor dan belanjawan 2018,” katanya.

Lapangan terbang baharu ini dijangka mampu menerima pesawat-pesawat kecil dan lokasi telah dikenalpasti Kerajaan Negeri Johor.

Selain menerima pelancong khususnya dari Singapura, ujar beliau, lapangan tersebut juga boleh dijadikan pusat baik pulih pesawat kecil dari negara jiran.

“Jika lapangan terbang ini dibina, para pelancong boleh menaiki feri untuk beriadah di beberapa destinasi menarik seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Sibu dan Pulau Aur,” tambahnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ni lagi satu cadangan bodoh. Nak habiskan duit untuk benda yang tak mendatangkan faedah kepada rakyat. Nak kenyangkan temolok satu-dua ahli politik ja nih. Airport Senai tu pun hidup segan mati tak mau.

    Sudah-sudah la dengan cadangan bodoh. Bagi la cadangan yang membina sikit, membantu rakyat yang hidup susah dan terkesan akibat pandemik Covid-19 ni…

  2. senai tu airport kecik. nk hidup mati tak mahu apanya, sama ja mana mana airport kecil kat seluroh malaysia. kalau ada kat mersing elok jugak. sbb sapa yg dari kl atau belah utara nk dtg belah sana mmg penat nak tempuh jln darat yg lama yg bukan pun highway. pemikiran kena maju kedepan bukan cerita hari ini tapi untuk ke masa hadapan.cadangan bukan bermakna terus buat kerja esok. byk lagi kerjanya.

Comments are closed.