Lampard mengakui Chelsea sedang melalui saat yang getir dalam EPL musim ini.

LONDON – Situasi Frank Lampard di Chelsea bertambah rumit sekiranya pasukannya gagal merekodkan kemenangan selepas ini.

Demikian komen bekas penyerang the Blues, Chris Sutton.

Skuad kendalian Lampard sepatutnya melonjak ke tangga teratas carta Liga Perdana Inggeris sekiranya menang ke atas Everton pada 12 Disember lalu.

Namun keputusan seri 1-1 menentang Aston Villa dalam aksi awal pagi tadi bermakna mereka hanya mengutip empat mata daripada lima perlawan terakhir dan menduduki tangga keenam.

“Buat masa ini mereka adalah kelab yang dilanda krisis sebab pretasi pasukan pun sudah merudum. Lampard kini dalam situasi terdesak da memerlukan kemenangan segera elak Chelsea menjadi lebih teruk dalam liga domestik,” katanya.

Sutton juga secara terbuka mendakwa Chelsea walaupun disuntik dana besar £200 juta dengan pembelian enam pemain masih belum menemui rentak kemenangan pasukan.

“Percaya atau tidak ini adalah musim yang berbeza untuk Lampard dan beban bertambah untuk dia. Walaupun hilang rentak, Chelsea hanya kalah satu (Liverpool) daripada 14 perlawanan di Stamford Bridge dan menang 10 perlawanan,” tegasnya.

Ada juga pendapat tular bahawa Lampard harus dipecat untuk menyelamatkan kelab itu sekiranya prestasinya teruk dalam beberapa perlawanan akan datang selepas ini.-MalaysiaGazette