Gambar Hiasan.

ANKARA – Angkatan tentera Turki telah menyediakan Tentera Laut Libya dengan latihan peperangan dasar laut selama lima minggu, kata para pegawai pertahanan Turki.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada komitmen Turki terhadap Libya berdasarkan perjanjian di antara kedua-dua buah negara, kata pera pegawai itu.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Turki, latihan pelbagai aspek di bawah Latihan Ketenteraan Perjanjian Kerjasama dan Rundingan diberikan kepada Angkatan tentera Libya secara berterusan.

Selain itu, latihan kawalan pantai telah bermula pada 20 Disember lalu dan akan berjalan selama enam miunggu, menurut kenyataan itu, lapor agensi berita, Anadolu.

Pada November 2019, Turki dan Libya menandatangani perjanjian kerjasama keselamatan dan sempadan maritim. – MalaysiaGazette