Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid

KUALA LUMPUR – Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4.25 sen sesaham bagi Tahun Kewangan 2020 adalah kompetitif dalam situasi pasaran dan ekonomi semasa, kata  Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan.

Menurutnya, pelabur perlu tahu bahawa agihan pendapatan ASB menggunakan penanda aras simpanan tetap Maybank 12 bulan (sebulan) dan kadar inflasi negara.

Kadar simpanan tetap Maybank pada 20 Disember 2020 adalah 1.85 peratus.

“Apabila kita melabur, kita perlu sentiasa melihat wang yang kita labur melebihi kadar inflasi. Inflasi akan menyebabkan kuasa membeli kita rendah.

“Kalau kita tengok, kadar inflasi negara sekitar 2.5 peratus.

“Jadi kalau ASB memberi agihan 4.25, bermakna ia memberi lebih daripada kadar inflasi,” katanya kepada MalaysiaGazette yang mengulas rungutan pelabur mengenai agihan ASB yang didakwa rendah.

BACA :ASB umum agihan pendapatan 4.25 sen seunit, terendah dalam sejarah

Mohd Afzanizam berkata, ASB merupakan satu unit amanah yang unik kerana ia berharga tetap atau nilainya tidak pernah berubah.

Maknanya, kalau pelabur melabur RM1,000 pada hari ini, nilainya tidak berubah jika dikeluarkan pada minggu depan.

“Tetapi kalau melabur dalam saham atau melabur dalam unit amanah harga berubah-ubah, berbeza. Kalau hari ini melabur, silap-silap minggu depan rugi.

“ASB tidak ada ciri-ciri tersebut. Walaupun ada pelabur yang berkata, kenapa tidak mencari perbandingan dengan unit amanah yang lain tetapi kalau hendak buat perbandingan kita perlu lihat kepada ciri-ciri (unit amanah) yang sama.

“Tapi sifat atau prinsipal tidak berubah hanya ada pada ASB sahaja,” ujarnya. – MalaysiaGazette