Rakyat di Sabah tidak perlu bimbang status daging import kerana negeri itu mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat mengenai pengimportan bahan mentah berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan memberi jaminan tersebut dan menegaskan, Sabah tidak membenarkan daging mentah dibawa masuk ke negeri itu dari Semenanjung.