Barcelona terus keciciran mata selepas terikat seri di halaman sendiri dalam aksi la liga malam Selasa.

LONDON – Ronald Koeman menyerah kalah lebih awal dalam persaingan gelaran La Liga musim ini selepas pasukan Barcelona terikat seri 1-1 kepada Eibar di Nou Camp malam Selasa.

The Catalans dikejutkan di separuh masa pertama oleh pasukan pelawat dengan gol awal sebelum Ousmane Dembele yang dimasukkan di separuh masa kedua berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Gol Dembele berjaya menyelamatkan the Catalans daripada tersungkur di halaman sendiri.

Keputusan itu menyaksikan Barcelona menduduki tangga keenam dalam La Liga iaitu tujuh mata di belakang pendahulu liga Atletico Madrid yang masih mempunyai dua aksi tambahan.

Koeman sedar dia berada dalam proses membangunkan semula pasukan itu musim ini dan mengakui selepas perlawanan seri bahawa mereka tidak berada dalam kedudukan terbaik bersaing untuk gelaran.

“Jika saya nak cakap realistik, peluang gelaran La Liga sangat kritikal untuk Barcelona.

“Atletico kini dilihat dalam posisi terbaik mengejar liga, mereka tak banyak membolos gol dalam setiap perlawanan,” katanya.-MalaysiaGazette