AMMAN – Sekurang-kurangnya 28 orang telah terbunuh dalam serangan sebuah bas di lebuh raya utama di wilayah Deir al-Zor yang bersempadan dengan Iraq, kata media Syria semalam.
Menurut penduduk, insiden yang dikatakan berlaku daripada dari serangan kenderaan tentera, lapor agensi berita.
Bagaimanapun tidak ada perincian lebih lanjut mengenai kejadian di kawasan itu kerana tempat tersebut merupakan kawasan dimana kebanyakan tentera Syria dan milisi yang disokong Iran berpusat iaitu berhampiran kota kuno, Palmyra.
Di samping itu, salah seorang pembelot kanan tentera di kawasan itu berkata, kenderaan itu membawa anggota rejim yang telah selesai bercuti dan sedang dalam perjalanan pulang ke pangkalan mereka di kawasan terpencil.
Namun, terdapat sumber lain mengatakan sekurang-kurangnya tiga puluh askar terbunuh kebanyakannya mangsa dari ahli elit Fourth Brigade. – MalaysiaGazette
















