Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR – Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal ini.
Berikutan itu, Zeti perlu segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB.
Zeti Akhtar Aziz

Selain itu, Zeti perlu menjelaskan sama ada beliau semasa menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zeti yang kini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah.
“Dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low.
”Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini,” kata Ketua Pembangkang itu dalam kenyataan di sini.
Menurut beliau, imej dan reputasi buruk kepada negara kesan daripada skandal ini masih belum pulih sepenuhnya.
Oleh itu, beliau mendesak mereka yang mendapat faedah dan laba daripada kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan.
Malah, mereka yang bersekongkol mesti bertanggungjawab kerana tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.
“Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB pada masa hadapan.
”Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan, kebertanggungjawaban dan melawan rasuah,” katanya yang merujuk pendedahan  kemungkinan keterlibatan Zeti dalam skandal 1MDB adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura.
Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Zeti.
Anwar berkata, Singapura juga harus tampil dan memberi penjelasan kerana skandal ini akan memberi impak buruk kepada reputasi republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka.
Sejak penyiasatan terhadap 1MDB bermula, banyak negara telah melakukan yang sepatutnya, termasuk mengenakan denda dan penalti ke atas bank-bank dan para eksekutif kewangan yang bersekongkol dalam skandal ini.
Walhal, di Malaysia, tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan meyakinkan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Yang aku tahu masa Mayyiddin jadi menteri pelajaran dulu, laki zeti ni dapat contract yang sangat gemuk di kementerian pelajaran.
    Dan zeti dan mayyiddin ni juga salah sorang yang kuat melalak menuduh orang sana sini perasuah, perompak dll. Sedangkan dalam kain dua orang ni banyak kurap dan kerapu.
    Munapik!!!

  2. Bekas ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mendedahkan bukti dakwaan < membabitkan presidennya, Anwar Ibrahim, ketika perbicaraan tuntutan saman terhadapnya kerana melanggar perjanjian parti.
    anwar perlu jawab dakwaan Zuraida bagi bersihkan diri dan namanya.?????????

Comments are closed.