Home 2020
Arkib Tahunan: 2020
Harga minyak jatuh 1 peratus
West Texas Intermediate CLc1 turun AS$0.32 atau 0.8% kepada AS$38.47 setong pada 0040 GMT, setelah menurun hampir 1% pada hari Khamis.
LRA Sg Labu, Salak Tinggi mungkin dihenti tugas
Menurut LUAS, ia susulan kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori muatan minyak sawit pada pukul 7.40 pagi tadi di KM276.1 arah utara di Sepang, Selangor.
Arab Saudi sah anjur perlumbaan F1 2021
Organisasi hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International, mendakwa sukan F1 dijadikan alat untuk memadamkan rekod buruk eksploitasi hak asasi manusia yang pernah berlaku di bumi Arab itu.
Warga London ingkar sekatan pergerakan ditahan
Lebih daripada 100 orang ini telah ditangkap akan berdepan dengan tindakan mereka,'' kata Polis Metropolitan.
Siaran langsung Belanjawan 2021 jam 4 petang
Bagi kerajaan, menurut Tengku Zafrul, belanjawan tahun ini penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan terjamin dalam kita menghadapi krisis pandemik Covid-19.
Bursa dibuka rendah pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.84 mata kepada 1,499.65 selepas dibuka 0.69 mata lebih rendah pada 1,500.80.
Cadangan Ketua Armada tidak munasabah, kata Irwan Serigar
Gesaan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar bank melaksanakan penghapusan hutang secara bersasar, khasnya kepada kumpulan berpendapatan 40 peratus terbawah (B40) mengundang kemarahan sekali lagi.
Trump bakal cabar keputusan pilihan raya
Organisasi-organisasi media di Amerika Syarikat (AS) masih belum mengisytiharkan pemenang dalam Pilihan Raya Presiden ketika persaingan sengit termasuk di Pennsylvania, Georgia dan Arizona dengan undi tipis.
Macron mahu Eropah perkukuh keselamatan
PARIS - Eropah mesti memikirkan semula keselamatan Schengen, termasuk yang memerlukan perlindungan , kata Presiden Emmanuel Macron.
Amaran itu dikeluarkan selepas serangan di Perancis dan Austria.
Kawalan yang lebih ketat diperlukan untuk mengekang imigrasi secara rahsia, kata Macron, sambil menambah kumpulan penjenayah memperdagangkan pendatang haram ke Eropah sering dikaitkan dengan rangkaian pengganas.
"Saya memilih untuk merombak Schengen secara mendalam dengan memikirkan semula organisasinya dan memperkukuhkan keselamatan sempadan bersama" kata Macron semasa kunjungan ke sempadan Franco-Sepanyol.
Macron memaklumkan beliau akan mengemukakan cadangan kepada rakan-rakan Kesatuan Eropah pada sidang kemuncak bulan Disember ini.
Perancis akan memberikan sokongan dan berharap Jerman akan menyertai rancangan itu, kata seorang sumber kerajaan dengan menyebut Belanda dan Austria sebagai sekutu lain.
Eropah mengalami dua serangan pada minggu lalu yang melibatkan penyerang yang bergerak bebas antara negara anggota Schengen.
Pada 29 Oktober lalu, seorang lelaki Tunisia membunuh tiga orang di sebuah gereja di Nice.
Suspek, Brahim Aouissaoui didakwa telah tiba di pulau Lampedusa di Itali, yang terletak di Afrika Utara, lima minggu sebelumnya.
Setelah dipindahkan, Aouissaoui melakukan perjalanan ke Perancis dengan kereta api beberapa jam sebelum melancarkan serangannya.
Sementara itu, penyerang yang membunuh empat orang di Vienna pada hari Isnin melakukan perjalanan ke negara jiran Slovakia pada bulan Julai dalam usaha membeli peluru, kata pegawai Austria.
Macron mengatakan serangan baru-baru ini adalah peringatan kepada Eropah bahawa "risiko pengganas ada di mana-mana".
Menteri Luar Negeri Itali Luigi Di Maio minggu ini juga mendesak Eropah untuk meningkatkan pertahanannya terhadap keganasan dan sekali lagi menekankan perlunya rombakan undang-undang imigrasi di Kesatuan Eropah. - MalaysiaGazette
Integriti: Umpama mencari semut hitam
Namun secara prinsipnya setiap individu boleh dinilai tahap integriti diri berdasarkan sikap dan tingkah laku yang ditonjolkan tanpa dikaitkan dengan latar belakang pekerjaan, keluarga, agama mahupun bangsa.

















