Selepas lima hari Selangor dan Kuala Lumpur dikategorikan sebagai zon merah sepenuhnya, negeri Melaka pula mengikut nasib yang sama semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Selepas lima hari Selangor dan Kuala Lumpur dikategorikan sebagai zon merah sepenuhnya, negeri Melaka pula mengikut nasib yang sama semalam.

Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan semalam memberitahu semua daerah di negeri itu kini mencatatkan kes lebih 41 kes positif Covid-19.

Terbaharu daerah Melaka Tengah mendapat peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 17 kes menjadikan daerah itu memasuki zon merah dengan 54 kes positif Covid-19.

Daerah Alor Gajah menyaksikan peningkatan kes drastik dengan peningkatan 209 kepada 323 kes semalam Sementara daerah Jasin pula mengalami pengurangan kes kepada 158 kes daripada 254 pada Khamis.

Negeri Selangor masih tidak berubah dengan semua sembilan daerahnya di zon merah.

Daerah Klang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 3,914 diikuti daerah Hulu Langat dengan 1,804.

Petaling dengan 1,546 kes, Gombak 1,056, Kuala Selangor 341, Kuala Langat 328, Sepang 409, Hulu Selangor 68 dan Sabak Bernam 62 kes.

Turut mencatatkan keseluruhan kawasan zon merah adalah empat mukim di Kuala Lumpur dengan Lembah Pantai 2,057 kes, Titiwangsa 787, Kepong 913, dan Cheras dengan 528 kes positif Covid-19.

Putrajaya juga mencatatkan zon merah dengan 57 kes positif Covid-19 direkodkan semalam.

Seperti biasa, Sabah merekodkan zon merah tertinggi dengan 15 daerah dengan dua zon hijau dengan kosong kes.

Sabah semalam masih merekodkan 3,208 kes dengan 691 di Kota Kinabalu, Lahad Datu 397, Penampang 449, Tawau 333, Sandakan 281, Tuaran 120, Papar 150, Putatan 132, Ranau 118, Kota Belud 94, Keningau 70, Semporna 41 kes, Tambunan 49, Kinabatangan 47 dan Kunak 41 kes positif Covid-19.

Dua zon hijau di Sabah adalah Tongod dan Nabawan dengan sifat kes positif Covid-19.

Johor pula masing kekal dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes melebihi 40 kes iaitu Johor Bahru dengan 1,351 kes, diikuti Kluang 692 kes.

Daerah lain adalah Kota Tinggi 200, Batu Pahat 111, Pontian 118 kes, Kulai 88 kes dan Muar dengan 188 kes positif Covid-19.

Di Pulau Pinang, tinggal satu daerah sahaja yang masih berada di zon jingga iaitu Seberang Perai Utara iaitu dengan 28 kes.

Enpat zon merah di negeri itu adalah daerah Timur Laut dengan 226 kes, Barat Daya 333, daerah Timur Laut 226, dan Seberang Perai Selatan dengan 173 kes.

Perak juga mencatatkan tiga zon merah iaitu Hilir Perak dengan 137 kes, Kinta 129 kes dan daerah Larut Matang Selama dengan 62 kes.

Tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu zon merah.

Daerah Kota Bharu dengan 214 kes, daerah Bentong dengan 419 kes, dan daerah Kota Setar dengan 75 kes.

Negeri Sembilan mencatatkan dua zon merah iaitu daerah Seremban mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 686 kes, diikuti dearah Jelebu dengan 57 kes.

Sarawak semakin menghampiri negeri zon hijau dengan hanya mencatatkan 12 kes iaitu lima di Kuching, tiga kes di Meradong, dua kes di Bintulu, dan masing-masing satu kes di Lawas dan Sibu.

Negeri Perlis masih dikategorikan sebagai zon hijau dengan sifat kes positif Covid-19. – MalaysiaGazette