Suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia bertujuan menghina republik itu sudah ditahan Cianjur, Jawa Barat dua hari lalu.-Gambar Republik Merdeka.

JAKARTA – Suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia bertujuan menghina republik itu sudah ditahan Cianjur, Jawa Barat dua hari lalu.

Suspek ditahan polis republik berkenaan hasil maklumat daripada Polis Diraja Malaysia di Sabah, lapor agensi berita di negara berkenaan.

Menurut portal Republik Merdeka, suspek hanya berusia 16 tahun dan masih bersekolah.

Suspek dipercayai menggunakan nama Faiz Rahman Simalungun dan membuat lagu parodi Indonesi raya sebelum memuatnaik ke akaun You Tube miliknya, My Asean.

Menurutnya, siasatan mendapati, suspek sudah diberikan telefon bimbit sejak berusia lapan tahun oleh ibu bapanya sehinga belajar sendiri membuat akaun palsu.

Sebelum itu, polis Indonesia dan Malaysia selepas PDRM menahan seorang suspek berusia 11 tahun yang memaklukan pemilik akaun Youtube Asean berada di Indonesia.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd Hamid Bador menyatakan, suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia seperti tular di media sosial dan bertujuan menghina negara itu disyaki dilakukan warga republik berkenaan dan video tersebut bukan dibuat di Malaysia.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah yang juga merupakan salah seorang suspek kes itu.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rakyat Indon tak pernah belajar dr pglaman. Pantang dgr rumours libatkan Malaysia, terus meloncat ajak perang bagai. Last2 rakyat sendiri hina negara sendiri. Mentaliti apa tah.
    Esok2 mesti jadi lagi. Mereka ngak pernah belajar loh..

Comments are closed.