Foto Mawar Rashid.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Mawar Rashid telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan semalam.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh suaminya, Raf Yaakob menerusi Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah. Baby girl kami telah selamat dilahirkan. Mommy ok, baby pun ok.

It was a natural birth all the way. I’m so proud of you My Lady @mawarashid. Raden Seri Rossabella Cinta,” tulisnya.

Bayi perempuan itu merupakan cahaya mata kedua pasangan tersebut yang sebelum ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia lebih setahun. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nah hai nama, panjang sampai tak muat dalam IC dan surat nikah nanti. Jenuh Tok kadi nak sebut masa akad nikah nanti. Nama pun tjdak bermakna yang terbaik tu.. Apalah ibubapa sekarang nih, fikirkan glamour saja dari pujian Allah..

Comments are closed.