Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang dijadual bulan ini ditunda ke Januari.

MUSIM persidangan UMNO Bahagian-bahagian seluruh Malaysia sudah berakhir secara rasminya semalam.

Setakat pengetahuan saya, 143 daripada 191 UMNO Bahagian sudah menyatakan secara jelas penolakkan mereka terhadap kerjasama bersama PPBM menjelang PRU-15.

Saya rasa hampir 75% bahagian menolak ini satu isyarat yang cukup jelas dan saya yakin Tuan Presiden akan menghormati suara tersebut.

Melalui pemerhatian saya, terdapat golongan 2 golongan parasit yang terdapat di dalam UMNO sekarang:

1. Golongan yang cuba menghalalkan kerjasama bersama PPBM dengan mengatakan “Asalkan Tiada Anwar (PKR) & DAP”.

2. Golongan yang cuba menjadikan kebencian akar umbi terhadap PPBM sebagai alasan untuk menjalinkan kerjasama dengan bersama Anwar (PKR) & DAP.

Namun, saya yakin Tuan Presiden tidak termasuk dalam 2 golongan ini. Betul tak ? Saya yakin Tuan Presiden bijaksana lagi arif dan tidak akan menyokong kedua-dua golongan parasit ini.

Saya harap Tuan Presiden tidak salah faham dengan keputusan 143 bahagian yang menolak PPBM. Mereka tolak PPBM, tidak bermakna mereka mahukan kerjasama bersama Anwar atau DAP.

Kebanyakan akar umbi UMNO kini adalah dalam golongan yang ketiga iaitu; golongan yang mahukan UMNO kuat di atas kaki sendiri, bertanding PRU-15 dengan jenama Barisan Nasional di semua kerusi-kerusi tradisi Barisan Nasional.

No PPBM, No PKR, No DAP, No PAN, No Pakatan Harapan, No Perikatan Nasional. Harapnya Tuan Presiden tidak mengecewakan hasrat golongan ketiga ini, kerana golongan ketiga inilah yang majoriti.

Golongan ini tiada jawatan tinggi dalam parti, golongan ini tidak berhasrat untuk jadi Calon PRU, dan golongan ini tiada kepentingan peribadi sama ada UMNO menjadi kerajaan mahupun pembangkang selepas PRU-15.

Golongan ini cuma mahukan yang terbaik buat UMNO. Dulu, Kini & Selamanya.

Madyasir Ahmad Basir
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang

 

2 Komen

  1. Then betullah tekaan rakyat. Tak kira lah 2 atau 3 golongan dlm UMNO ni, yg pastinya kesemuanya taatkan parti lebih dr sayangkan penyatuan bangsa dan kesejahteraan rakyat.

  2. Dijangka keputusan Pru 15 atas alasan mahu ‘berjuang diatas kaki sendiri” Umno /Bn terpaksa juga bergabung dengan Pas dan Bersatu untuk membentuk kerajaan baru

Comments are closed.