Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas dan Timbalan Presiden UMNO disifatkan Datuk Takiyuddin Hassan sebagai dua individu penting dalam proses penyatuan ummah.

Setiausaha Agung Pas itu memuatnaik gambar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohamad Hasan bersama ciapan Twitternya malam ini.

“Dua insan ini sebenarnya yang menerokai jalan ke arah Penyatuan Ummah mewakili wadah parti masing-masing awal tahun 2019.

“Kemuncaknya HPU914… 14 September 2019, MN (Muafakat Nasional) dimeterai sebuah gagasan inklusif ummah bangsa dan negara… teruskan pimpinanmu ke medan jaya!” tulisnya.

Bagaimanapun kenyataan Takiyuddin menimbulkan pelbagai persepsi netizen hendak-hendak lagi dalam keadaan kemelut melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekarang.

Malah ada netizen dalam ruangan komen menganggap ia salah satu cara Takiyuddin mahu melobi Mohamad sebagai Presiden UMNO.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Melobi org yg lebih baik utk jd pemimpin, itu kan bagus. Berbanding setia membuta tuli kepada si lalang pengsonglap duit yayasan. Patutnya Zahid masuk ja PKR ikut mantan mentornya Bang Non. Ni tak, dia nak bawa sekali UMNO.
    Tp bagus gak dia ajak UMNo join PKR. Tak la banyak sgt blok masa PRU nanti. Mudah ckit undi tolak.

  2. Tiada guna PAS nak menolong melobi parti orang lain. Bukan dapat apa pun, lebih baik jaga parti sendiri. Ini lah strategi PH untuk pecah belahkan orang melayu. Mula-mula pecah ahli-ahli YB PN dan UMNO lepas tu pecah belahkan ahli MN dengan besarkan isu-isu jawatan dalam kerajaan negeri dan isu kerusi PRU 15.

Comments are closed.