LONDON – Liverpool merupakan pasukan yang paling banyak menjaringkan sepakan penalti iaitu sejumlah 130 penalti sejak penjenamaan semula Liga Perdana Inggeris pada musim 1992/1993.

Menurut sumber Liga Perdana Inggeris (EPL), di tangga kedua adalah Chelsea manakala Manchester United berada di tangga ketiga dengan 120 sepakan penalti.

Semalam pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berasakan kekalahan Liverpool kepada Southampton berpunca kegagalan pengadil memberikan pasukannya sepakan penalti.

The Reds masih kekal di tangga teratas EPL dengan jumlah mata yang sama dengan Manchester United tetapi skuad The Red Devils memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan. – MalaysiaGazette