Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menemplak Tan Sri Annuar Musa apabila mendakwa UMNO kini dalam proses menjalin kerjasama dengan DAP untuk menubuh kerajaan baharu.

Menerusi hantaran di Facebook, bekas presiden UMNO itu menafikan dakwaan Ahli Parlimen Ketereh kerana membuat tuduhan sedemikian susulan penyingkiran sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) semalam.

“Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak bersetuju dengan suara-suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian UMNO yang menolak PPBM, janganlah buat sidang media khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan,” katanya menerusi laman sosial berkenaan.

Najib turut bertanyakan kepada Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan untuk apa UMNO mahu bekerjasama dengan DAP.

“Kenapa pula UMNO nak bekerjasama dengan DAP jika majoriti akar umbi serta ketua bahagian menolak DAP?” soalnya.

Semalam, ketua-ketua bahagian UMNO menegaskan kepada presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa mereka terus menolak kerjasama dengan DAP dan bersedia memperkukuhkan kerjasama dengan Pas.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Ahmad Maslan.

Hari ini, dalam satu sidang media di Putrajaya, Annuar mendakwa menerima laporan wujud gerakan daripada UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Annuar tidak memberikan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya itu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. kalau ye pun apa salahnya??
    si nuar musa da xde point lain ke??
    bersama dgn anjing dap boleh halal pulak ye,
    bersama dgn si semburit pun halal pulak ye,
    inilah dia politik haram jadah dan bangsat yg dimainkan sesetengah ahli politik dalam negara,mcm pas la,kalau kena dgn pendiriannya,semua jadi halal,suci,tapi kalau xkena dgn pendiriannya,semua haram,
    ramai dah yg tahu midin pengkhianat mmg dikawal si saka tua puaka,
    sebab misi si saka tua puaka utk membalas dendam dan menguburkan UMNO tetap diteruskan midin pengkhianat,
    kini midin pengkhianat dianggap hero sbb nak satukan melayu dan islam kononnya,walaupun sblum nie partinya bersama2 dap menghancurkan negara,
    selagi si saka tua puaka tu hidup,politik negara xkn aman,
    mudah2an PN(pengkhianat negara) cepat melingkop,

Comments are closed.