MGNews : Palsukan Dokumen Atas Nama Top Glove

Lelaki berusia 35 tahun berhadapan dengan tuduhan memalsukan dokumen “Declaration Of Conformity” atas nama Top Glove Sdn Bhd.

Tertuduh Kelvin Tong Teng Hoe didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 6 Jum 2020 untuk tujuan menipu.

Berdasarkan kertas pertuduhan beliau melakukan kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan, sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tiga tahun termasuk denda.