MGNews : Soalan Lain, Politik Jangan! Shamsul Nasarah Tutup Mulut

PUTRAJAYA – Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengunci mulut untuk memberikan komen beliau mengenai keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam. Biarpun diasak oleh pelbagai agensi media yang hadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu tetap tidak mahu berkata apa-apa berhubung isu berkenaan.