KUALA LUMPUR – Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pandangan masing-masing dalam kalangan ahli politik tidak ditegah tetapi perlu berpada-pada.

Tindakan mengkritik dengan sindiran tanpa fakta dan hujah betul sebenarnya lebih banyak ‘menyakitkan’ hati terutamanya dalam kalangan rakan-rakan parti sendiri.

Itu luahan veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung kritikan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin terhadap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kononnya memiliki pemikiran ‘goreng pisang’.

Kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Khairy perlu lebih beradab serta memiliki fakta sebelum melontarkan pandangannya.

“Itu pandangan Khairy tapi pada masa sama beliau juga sebenarnya boleh berhujah lebih Kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Khairy perlu lebih beradab serta memiliki fakta sebelum melontarkan pandangannya.fakta dan bukannya sindiran melukakan hati kawan.

“Itu yang sebaiknya, sesiapun boleh bercakap tapi perlu juga fakta.

“Apa yang cuba diterangkan oleh Ahmad Maslan ketidakadilan perundangan dan salahguna kuasa kerajaan semasa Pakatan Harapan (PH) yang tidak diperbetulkan oleh kerajaan PN. Itu maksudnya,” katanya ketika sesi sembang santai disini hari ini.

Dulu IQ tahap lobak, sekarang pemikiran goreng pisang – KJ

Semalam Khairy mengulas tentang pemikiran Setiausaha Agung UNMO itu yang dirumuskan sebagai ‘goreng pisang’ apabila beliau membangkitkan perihal hubungan UMNO dan Bersatu.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan berkata, beliau tidak mahu “bergaduh” dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kata Nazri Aziz, sememangnya Ahmad Maslan memiliki jiwa cukup besar untuk tidak mengendahkan kritikan tersebut sebaliknya hendak fokus kepada isu-isu lebih penting.

“Memang beliau berjiwa besar, fokus kita perkara lain.

“Adalah perkara normal untuk kritik sesama sendiri dalam politik tapi pelik juga bila yang banyak suara dan kritik ini adalah dalam kalangan parti sendiri dan bukannya dari luar,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Ahmad Maslan tak mahu “bergaduh” dengan KJ

 

1 Komen

  1. Dalam Malaysia orang yang paling pandai & bijak mengikut susunan ranking; 1. MAMAK yang mengatakan kalau dia Tuhan, ke.2 Mungkin KJ.

    Ini hanyalah pandangan natizen sahaja!

Comments are closed.