Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pilihan raya umum boleh diadakan jika vaksin sudah ada di Malaysia dan masalah banjir telah selesai.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, kalau pilihan raya diadakan, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak perlu membenarkan ceramah dan kempen dari rumah ke rumah diadakan.

Cukup sekadar kempen melalui media sosial.

Katanya, pelaksanaan pengundian juga tidak sepatutnya ada masalah kerana polis dan pegawai-pegawai SPR boleh mengawal Prosedur Operasi Standard.

Lagipun sekali sahaja pengundi perlu beratur di sekolah untuk mengundi.

“SOP yang ketat. Lepas ada vaksin. Lepas selesai banjir. Beratur hanya 1 kali. Penjarakan. Pakai mask. Tiada ceramah-ceramah.

“Di pasar raya orang ramai beratur setiap hari tanpa polis dan pegawai jaga SOP boleh pulak,” kata beliau lagi.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau sekadar memberi cadangan untuk keluar daripada masalah kerajaan yang sudah kurang sokongan.

“Sekarang tinggal 110. Untuk memerintah kena 111+1 Ahli Parlimen.

”Jika tak setuju, tak mengapa. Ya jika tak setuju tak mengapa.

“Boleh terus dengan kerajaan 110/222 itu jika Perlembagaan membenarkan,” katanya secara sinis sambil meminta maaf jika cadangannya menyinggung mana-mana pihak. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Cuba lah dulu buat PRK Gerik atau PRN Sarawak, kita tengok YB2 patuh tak SOP atau YB mana pula yang selamat dan kena Covid, haritu YB BN ramai juga positif Covid bila PRN Sabah.

  2. Berkempen dengan cara menggantungkan bendera2 parti juga dilihat sudah LAPOK, banyak negara2 dunia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini.

    Ia juga bukan sahaja suatu amalan membazir, tetapi juga meninggalkan kesan sampah sarap yang banyak disana sini. Banyak juga bekas2 bendera, poster2 parti 5 tahun lalu yang masih terpaku dibatang2 pokok didalam kawasan perumahan dsb.

    Memasang bendera ditempat2 tinggi, ditiang2 letrik juga telah banyak meragut nyawa!

  3. oops tidak perlu PRU @ MENGUNDI DALAM TALIAN…..kah3 baru betul NORMA BARU dn SOP terbaik. undi rahsia ..di hujung jari je….jangan marah

  4. Persoalan pada MP2 umNO yang berhajat sangat tarik diri @ tolak P N DAN sibuk MENDESAK utk PRU masa COVID dn BANJIR…BERANI ke LETAK JAWATAN MP masing2 dn BUAT PRK di kawasan masing2 tanpa tunggu PRU 15 kerana sikap tamak haloba gila kuasa diri sendiri tetapi berhelah utk demi rakyat???khalid nordin fuad zakarshi nur jazlan dn ramai lagi boleh bertanding

  5. Ini gila apa dok asyik PRU

    Klaster mahkamah mencari tali hayat terakhir ler tu.

    Betul kata KJ….. minda goring pisang

Comments are closed.