Ciapan mencurigakan di Twitter rasmi yang tular bukan oleh MCMC.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC
berkenaan telah digantung buat sementara waktu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan yang bukan dikeluarkan oleh pihak MCMC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, beberapa netizen termasuk ahli politik pembangkang memuatnaik ciapan akaun MCMC (Official) dan mempertikaikannya.

Lebih-lebih lagi selepas SKMM mengeluarkan kenyataan menasihati pengguna pihaknya akan memantau kenyataan netizen yang jelik susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perisytiharan Proklamasi Darurat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SKMM pantau maklumat tidak sahih, jelik